Stok dadah untuk 60,000 penagih dirampas di Kelantan

0
90
Sheik Azhar Sheik Omar (dua dari kiri) menunjukkan dadah jenis ketamin yang cuba diseludup ke Kuala Lumpur.

GUA MUSANG – Polis merampas 30 kilogram (kg) dadah jenis ketamin bernilai lebih RM1.5 juta dalam sebuah lori semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Tanah Puteh, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, di sini awal pagi kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan ACP Sheik Azhar Sheik Omar berkata, dalam kejadian pada kira-kira 12.30 pagi itu, pemandu dan kelinda lori berusia 30 dan 34 tahun itu ditahan setelah polis menemukan bungkusan yang mencurigakan.

“Anggota yang bertugas di SJR telah menemukan dua kotak yang dibungkus dalam beg kanvas untuk dibawa ke Kuala Lumpur.

“Pemeriksaan teliti di dalam dua kotak menemukan 30 plastik putih yang berisi ketulan dadah jenis ketamin,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Gua Musang, semalam.

Sheik Azhar berkata, siasatan lanjut telah membawa kepada penahanan pemilik lori berusia 32 tahun di Kuala Krai dan seorang lagi ahli sindiket berusia 44 tahun di Rantau Panjang (44), semalam (Rabu).

“Bagi 30kg ketamin yang dirampas itu, ia boleh digunakan oleh 60,000 penagih dadah dan kesemua empat suspek itu ditahan reman seminggu sehingga 16 Jun depan bagi membantu siasatan,” katanya menambah kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here