Struktur konkrit NKVE runtuh, tiga tercedera

0
552
GAMBAR MEDIA SOSIAL

CYBERJAYA – Struktur konkrit lebuh raya setinggi 12 meter di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) Sungai Buloh-Kota Damansara dilaporkan runtuh hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu menyebabkan tiga pekerja warga Bangladesh cedera ringan.

GAMBAR MEDIA SOSIAL

Kata Norazam, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.14 malam tadi dan tiba di lokasi kejadian 13 minit kemudian.

Tambah beliau, seramai 9 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian membabitkan runtuhan konkrit lebuh raya dalam pembinaan di mana tiga pekerja warga Bangladesh berusia 20 hingga 40-an megalami cedera ringan.

“Ketika kejadian mereka sedang melakukan kerja di bawah terkena serpihan konkrit,” katanya, sebentar tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here