Sultan Ibrahim titah DUN Johor bersidang 12 Ogos ini

0
118
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

CYBERJAYA – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah berkenan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bersidang pada 12 Ogos ini.

Baginda juga berkenan untuk berangkat bagi merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat pada tarikh tersebut yang akan diadakan di Kota Iskandar.

“Saya mahu semua Ahli Dewan bersatu hati untuk bersidang demi kepentingan rakyat dan Johor, terutama mengenai pelan tindakan bagi membantu kehidupan rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19 dan menyusun pelan pemulihan ekonomi Johor dengan sebaiknya.

“Saya berasa amat sedih melihat kehidupan rakyat saya yang dalam kesusahan, ketakutan dan kegelisahan sekarang ini. Saya juga kecewa kerana sehingga hari ini, masalah penularan virus Covid-19 masih belum dapat diselesaikan,” titah Baginda Tuanku Sultan kepada Royal Press Office (RPO) yang dimuat naik menerusi laman Facebook baginda.

Baginda bertitah demikian selepas menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad; Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani dan Penasihat Undang-Undang Johor, Amir Nasruddin pagi tadi.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim turut menerima mengadap Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr. Aman Rabu, bagi mendapatkan laporan keadaan pendemik virus Covid-19 di Johor.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here