Suntikan dos ketiga vaksin AstraZeneca beri lebih perlindungan – Universiti Oxford

0
328

LONDON – Satu kajian mendapati, suntikan dos ketiga vaksin AstraZeneca didapati lebih memberi perlindungan dengan menambah kadar antibodi dan tindakbalas t-cell.

Menurut laporan Reuters, kajian yang sama turut mendapati, sekiranya pemberian dos kedua vaksin itu dijarakkan sehingga 45 minggu turut memberikan kesan imun yang berkesan.

Bagaimanapun, kajian oleh Universiti Oxford itu tidak mencadangkan supaya pemberian dos ketiga dilaksanakan, berikutan kekurangan vaksin AstraZeneca di pasaran sekarang.

Menurut Pengarah Kumpulan Vaksin Oxford, Andrew Pollard, dapatan yang menunjukkan bahawa pemberian dua dos sudah mencukupi untuk melindungi penerima daripada varian Covid-19 yang ada kini sudah memadai.

“Walaubagaimanapun, kajian ini perlu dilakukan bagi mengetahui sama ada wujud kelebihan jik ia diberi dalam bentuk 3 dos,” kata Pollard, semalam.

Kajian sebelum ini menunjukkan, vaksin AstraZeneca menunjukkan keberkesanan yang lebih tinggi sekiranya tempoh waktu antara dos pertama dan kedua dijarakkan sehingga ke 12 minggu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here