Surat MITI dilengkapi kod QR, jangan cuba palsukan

0
134
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memalsukan surat kebenaran syarikat beroperasi yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman SAC M V Srikumar M Nair berkata, ini kerana surat berkenaan akan dilengkapi dengan kod respons pantas (QR).

Katanya, kod berkenaan akan diimbas oleh polis di sekatan jalan raya bagi memastikan ia adalah tulen.

“Apabila kod berkenaan diimbas (pautan berkenaan) akan meminta satu nombor kod yang mana hanya pihak polis sahaja mempunyai kod berkenaan.

” Apabila kita memasukkan nombor kod itu, maka kita akan dapat tahu sama ada surat itu betul tally (selaras) dengan pemegang surat,” katanya memetik laporan Bernama.

Dalam pada itu, beliau turut menolak dakwaan wujudnya layanan dwistandard terhadap kebenaran merentas negeri dan daerah terhadap mana-mana individu atau kumpulan seperti mana yang didakwa sesetengah pihak.

“PDRM tidak melihat golongan kayangan atau sebaliknya jika mempunyai dokumen yang sah dan bukti (kukuh), maka (permohonan rentas daerah atau negeri) adalah dibenarkan,” katanya.

Hari ini merupakan hari pertama pelaksanaan lockdown penuh selama 14 hari di seluruh negara.

Berikutan itu semua sektor ekonomi dan sosial akan diperketat dengan kebenaran diberikan kepada beberapa sektor ekonomi penting sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here