Tabung Khas PKP 3.0 sasar kutipan RM100,000

0
34
Mohd. Fadzil Hashim

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat menyasarkan kutipan sebanyak RM100,000 melalui tabung khas yang dilancarkan untuk memberi bantuan kepada golongan terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, tabung mengumpul sumbangan yang digerakkan melalui Yayasan Brainy Bunch dan Sadakah Market itu kini dibuka kepada penyumbang.

“Alhamdulillah kami sudah pun lancarkan platform sedekah ini. Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web https://sadaqahmarket.com/product/tabung-khas-lockdown-pkp-3-0/?utm_medium=Fb&utm_campaign=Tabung+Khas+Lockdown&utm_source=SM+Web&fbclid=IwAR3aKfY1lD7zBSfPE-LDc0kzTTtv19hCjTe4oM0isqc1uwAGYXuTFI0K3q8

“Untuk fasa pertama kami menyasarkan RM100,000 dapat di kumpulkan dari dermawan-dermawan sekalian. Setakat ini baru RM381 dikumpulkan,” katanya dalam perkongsian di Facebooknya hari ini.

Bantuan Zero Hunger kepada penduduk golongan B40 di Taman Putra Perdana, Selangor.

Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, berbeza dengan bantuan yang dilakukan pihaknya semasa musim PKP 1 dan 2, fokus utama kali ini adalah untuk menyediakan bantuan kewangan kepada yang memerlukan.

“Dahulu kami beri bantuan barang-barang keperluan harian. Kali ini kami jangka lebih ramai yang terkesan akibat penutupan sektor ekonomi semasa PKP 3.0 yang masih tidak diketahui sampai bila.

“Jadi kami mahu sediakan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan misalnya untuk tujuan bayar sewa rumah, bayar bil utiliti dan sebagainya,” katanya.

Justeru kami mengalu-alukan orang perseorangan, usahawan dan organisasi korporat untuk sama-sama menjayakan usaha ini melalui sumbangan Tabung Khas Lockdown PKP 3.0.

Mengulas mengenai agihan bantuan itu, Mohd Fadzil berkata, pihaknya mempunyai pangkalan data mengenai golongan sasaran daripada misi-misi bantuan yang dilakukan sejak tahun lalu.

Sukarelawan Malakat Mall menyediakan pek makanan kepada pelajar tahfiz, pada Ramadan lalu.

Katanya, sepanjang tahun lalu, program Zero Hunger yang memberi bantuan barang-barang keperluan seharian telah memanfaatkan kira-kira 20,000 ahli keluarga di seluruh negara.

“Kami berhubung rapat dengan pihak masjid yang mempunyai maklumat mengenai golongan miskin yang layak menerima, begitu juga dengan pihak sekolah tahfiz dan anak yatim,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here