Taiwan terima 1.24 juta dos vaksin sumbangan Jepun

0
38

TAIPEI – Taiwan hari ini telah menerima sebanyak 1.24 juta dos vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca sumbangan negara Jepun.

Kata The Guardian, dos yang diterima itu merupakan kira-kira 10 peratus daripada bekalan vaksin yang telah ditempah oleh Negara Matahari Terbit itu.

Menteri Luar Jepun, Toshimitsu Motegi, pemberian ini merupakan satu tanda terima kasih dan persahabatan kepada Taiwan.

“Ketika Jepun ditimpa bencana gempa bumi qo tahun dahulu, rakyat Taiwan merupakan antara yang paling awal membantu kami.

“Kami amat menghargai bantuan mereka, jadi pemberian ini merupakan satu simbol kepada persahabatan kami,” kata Motegi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here