Tarikh tutup permohonan UPUOnline dilanjutkan sehingga 2 Julai

0
35
Gambail Fail

CYBERJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk melanjutkan tarikh tutup permohonan UPUOnline sehingga pukul 5 petang pada 2 Julai depan.

Ia melibatkan kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti program sijil, asasi dan diploma ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2021/2022.

KPT dalam kenyatannya berkata, pihaknya telah bersetuju berhubung pelanjutan tarikh tutup itu membolehkan pelajar mengemas kini permohonan dan memilih program pengajian di UPUOnline.

“KPT juga prihatin dengan kekangan masa dihadapi oleh pemohon berikutan terdapat pelajar yang masih belum menerima keputusan semakan semula peperiksaan SPM 2020 oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

“Sehubungan itu, KPT berharap keputusan ini akan dapat memudahkan urusan pemohonan untuk melanjutkan pengajian masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, pemohon yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here