Tempoh rayuan BPR mulai 15 Jun

0
76

CYBERJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun ini.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

“Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” kata Tengku Zafrul dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Program PEMERKASA Plus yang turut mengandungi peruntukan untuk BPR Tambahan sebanyak RM2.1 bilion bagi membantu penerima BPR 2021 sedia ada.

Difahamkan, pemohon yang lulus rayuan BPR ini layak menerima bayaran BPR Tambahan berkenaan.

Kerajaan juga telah mengemaskini data golongan B40 yang layak menerima BPR.

Setakat ini, sebanyak RM4.6 billion bantuan BPR telah disalurkan kepada seramai 8.4 juta penerima dari kategori B40 di seluruh negara pada bulan Februari/Mac dan Mei 2021.

Bayaran Fasa 3 dengan jumlah keseluruhan RM2.4 bilion pula akan dibuat pada bulan September 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here