Tempoh rayuan BPR tinggal 2 hari lagi

0
60
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Tempoh rayuan untuk permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) masih boleh dilakukan sehingga Rabu ini menerusi tiga kaedah yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut LHDN, tiga kaedah itu boleh dilakukan melalui secara atas talian, kaunter perkhidmatan dan kotak serahan yang dikhususkan untuk penduduk di Sabah dan Sarawak sahaja.

“Menerusi secara dalam talian boleh memohon di pautan di https://bpr.hasil.gov.my/ manakala perkhidmatan di kaunter pula disediakan di Pejabat Cawangan, Pejabat Satelit, Pusat Khidmat Hasil (PKH) melalui janji temu di portal rasmi BPR bermula 8 pagi hingga 12.00 tengah hari.

“Untuk kemudahan kotak serahan disediakan di Pejabat Cawangan, Pusat Satelit, PKH dan Pejabat-Pejabat Daerah di Sabah dan Sarawak berdasarkan waktu operasi pejabat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, susulan pelanjutan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara juga, semua Kaunter Duti Setem hanya akan beroperasi di Pusat Setem Cawangan (PSC) bermula dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Katanya, janji temu dibuka kepada pelanggan dan pembayar duti individu yang tidak boleh mendaftar sebagai pengguna Stamp Assessment And Payment System (STAMPS) sahaja.

Tambahnya, bagi kaunter Pusat Bayaran di Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Pusat Bayaran Kota Kinabalu dan Pusat Bayaran Kuching pula akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Sementara itu, katanya, bagi perkhidmatan telefon akan beroperasi bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang dari Isnin hingga Jumaat manakala perkhidmatan HASiL Live Chat pula akan beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5 petang pada hari yang sama.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here