Terima rasuah RM1 juta bantu syarikat dapat projek sejak 2016

0
578
SPRM

CYBERJAYA – Seorang penolong setiausaha sebuah kementerian disyaki menerima rasuah kira-kira sebanyak RM1 juta sejak 2016 sebagai balasan membantu 11 syarikat mendapatkan kontrak.

Lekaki itu menerima rasuah dalam pelbagai bentuk sejak 2016 sebagai balasan membantu syarikat mendapatkan projek bekalan am, perkhidmatan dan pengangkutan di kementerian itu.

Perbuatan susopek bermur 47 tahun itu terbongkar selepas beliau ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  semalam  selepas hadir memberi keterangan pada pukul 9 malam.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki berkenaan telah direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 27 Jun dan perintah reman itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim.

Perintah reman dikeluarkan selepas pihak SPRM membuat permohonan itu pagi ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Menurut laporan Harian Metro lagi, suspek menerima suapan berbentuk wang tunai kira-kira RM300,000, barang kemas, tanah lot berkeluasan dua ekar, rumah kedai dua tingkat dan sebuah motosikal dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM1 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here