Tidak perlu idea yang sempurna untuk bermula, ingat rezeki bukan hanya duit semata-mata

0
41
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim memberi penerangan mengenai Bank Koperasi Tanpa Riba (Noriba) semasa majlis pelancaran di Malakat Mall baru-baru ini.

CYBERJAYA – Individu yang ingin berjaya tidak perlu menunggu tercetusnya idea yang betul-betul sempurna untuk memulakan sesuatu perniagaan sebaliknya, boleh bermula secara berperingkat.

Pejuang Ekonomi Islam, Mohd Fadzil Hashim berkata, mereka yang ingin berjaya perlu ada sikap ‘buat je sekarang’ atau begin it now apabila tercetusnya idea namun, buatlah kajian sedikit tentang idea itu.

“Sebenarnya kita kena faham begini… kalau dapat idea, buat dahulu walaupun ideanya belum sampai 100 peratus. Tidak mengapa, hari ini 10 peratus, esok 10 peratus lama-lama dapatlah 100 peratus.

“Kita kena yakin bahawa kuasa bukan daripada kita tetapi daripada Allah. Walaupun merancang itu perlu, tetapi kita kena ‘act on the’ idea. Farly, bos saya di NEC Computers dahulu kata, di zamannya dia menggunakan pita rakaman bila dia mendapat idea. Ke mana dia pergi dia akan bawa pita rakaman.

“Kini kita ada pelbagai cara samada ‘voice note’ atau yang terbaik dengan cara menulis. Saya yang banyak idea pun boleh terlupa idea. Sebabnya bila kita biasa latih diri untuk fikir risau, kita mudah dapat idea,” katanya dalam sesi live di Facebook baru-baru ini.

Menurut Mohd Fadzil, idea yang datang itu juga merupakan rezeki yang diberikan Allah dan rezeki itu sebenarnya bukan bukan datang dalam bentuk duit semata-mata.

“Kita banyak sekali minta dengan Allah. Hari-hari kita minta seperti rezeki, wang, pendapatan, kekayaan dan banyak lagi. Tapi kita jarang mintak iman. Sebaliknya kita nak minta duit juga.

“Sebenarnya Allah banyak bagi kepada kita rezeki cuma kita tak perasan. Kita dok ingat rezeki itu datang dalam bentuk duit sahaja. Perniagaan yang banyak untung, baru dikatakan rezeki.

“Sedangkan sebelum terhasil pendapatan, Allah banyak beri kita idea. Apakah Allah beri kita idea sebab kita ‘’terror? Tidak. Allah yang ‘terror’, Allah yang power. Allah yang ada kuasa. Kita tiada kuasa.

“Rezeki yang paling banyak Allah beri tetapi orang tak perasan ialah idea atau ilham. Banyak idea yang masuk ke dalam otak kita ini. Itu satu bentuk rezeki yang Allah beri kepada kita. Ia membezakan dari satu orang ke satu orang yang lain,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here