Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negara China berpaling tadah ke AS?

0
356
DONG JINGWEI

SYDNEY – Laporan media asing menyebut, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negara China, Dong Jingwei telah ‘berpaling tadah’ ke Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Menurut laporan portal news.com.au, Jingwei turut membawa bersamanya data sensitif berkenaan Institut Virologi Wuhan, lokasi yang sering dikaitkan dengan teori bahawa pandemik Covid-19 adalah buatan manusia dan berasal dari makmal.

Jingwei difahamkan ke Amerika Syarikat dengan menaiki satu penerbangan dari Hong Kong bersama anak perempuannya, pada 10 Februari lalu.

Jika benar, Jingwei merupakan pegawai kerajaan China yang paling tinggi membelot kepada negara asing dan merupakan ‘sumber maklumat perisikan yang paling tinggi’ pernah berpaling tadah dari negara itu.

Jingwei sebelum ini menjawat jawatan pegawai kanan Kementerian Keselamatan China sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri pada April 2018 untuk mengetuai agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perisikan negara itu.

Beliau dilaporkan bertanggungjawab terhadap aspek counter-intelligence iaitu usaha menangkap perisik-perisik asing atau menangani operasi oleh agensi perisikan asing terhadap China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here