Titah pandangan sidang khas Parlimen sudah dimaklumkan kepada PM

0
26

CYBERJAYA – Titah pandangan supaya satu sidang khas Parlimen diadakan sebelum 1 Ogos ini telah diusulkan kepada Perdana Menteri.

Menerusi satu kenyataan bersama, Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, titah pandangan itu dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada sesi menghadap bersama yang berlangsung semalam.

“Kedua-dua Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat serta Timbalan-timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan telah menyatakan komitmen dan kesediaan penuh Parlimen Malaysia untuk mengadakan persidangan Parlimen seperti yang dititahkan oleh Baginda Tuanku.

“Titah Yang di-Pertuan Agong pada majlis menghadap tersebut juga telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri dan adalah dicadangkan kepada Perdana Menteri agar satu persidangan khas diadakan sebelum 1 Ogos 2021 mengikut peruntukan-peruntukan undang-undang sedia ada,” kata kenyataan itu.

Dalam upacara menghadap semalam, Baginda sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here