TMJ berhasrat bawa Dion Cools ke JDT

0
233
Cools (kanan) merupakan pemain berdarah kacukan terbaharu yang diserap dalam skuad bola sepak kebangsaan

CYBERJAYA – Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui tertarik dengan aksi yang ditonjolkan oleh pemain kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools dan berhasrat membawa beliau untuk memperkuatkan skuad Harimau Selatan itu.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, Cools yang juga pemain pertahanan kelab FC Midtjylland merupakan pemain berbakat besar dan berada pada kelas permainan tersendiri

“Peringkat yang berbeza. Pemain yang bagus. Perancangan untuk bawa ke JDT sudah lama tetapi itu terpulang kepada pemain tersebut.

“Buat masa ini dia masih muda dan lebih baik bermain di Eropah di peringkat tertinggi seberapa lama yang beliau mampu,” katanya ketika menjawab soalan peminat di laman Story Instagramnya, hari ini.

Cools (depan dua dari kanan)

Dalam perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal pagi tadi, persembahan yang ditonjolkan oleh Cools berjaya memikat hati penyokong Harimau Malaya walaupun skuad negara tewas teruk.

Meskipun hanya menjalani latihan selama tiga hari bersama skuad negara, Cools berjaya mempamerkan aksi terpuji dan hampir-hampir menjaringkan gol sagu hati buat pasukan negara.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here