TNI-AL tamatkan operasi cuba apungkan kapal selam KRI Nanggala 402

0
247
Keadaan bangkai kapal selam KRI Nanggala 402 di dasar Laut Bali.

JAKARTA – Indonesia hari ini menamatkan usaha mengapungkan bangkai kapal selam KRI Nanggala 402 yang karam pada April lepas.

Menurut jurucakap Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI-AL), Julius Widjojono, pihaknya tidak merancang untuk menyambung kembali usaha itu setelah usahasama mereka dengan China, tamat.

“Usaha ini telah tamat,” kata Widjojono kepada Reuters.

Beliau kemudiannya menambah, beberapa bahagian kapal selam malang itu masih berada di dasar laut.

Pada 21 April lalu, kapal selam berusia 44 tahun itu dilaporkan ‘terputus hubungan’ ketika sedang bersedia melaksanakan latihan tembakan torpedo di Laut Bali.

Usaha mencari kemudiannya menemukan kapal selam itu terputus kepada tiga bahagian di dasar laut pada kedalaman 840 meter.

Insiden itu mengorbankan kesemua 53 anak kapal dan penumpang kapal selam itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here