Total Lockdown: 90 kilang telah diarahkan tutup

0
152
Kilang elektronik yang beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di dalam Ops pemantauan SOP PKP 3.0 di sebuah kilang elektronik di Petaling Jaya. – foto/FaridJanudin

CYBERJAYA –  Sebanyak 90 kilang telah diarahkan tutup melalui operasi pematuhan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau total ‘lockdown’.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara keseluruhan, sejak 14 Januari lalu, sebanyak 24,834 kilang dan premis perniagaan telah diperiksa.

“Sehingga kini, secara keseluruhan 143 kilang dan 17 premis bukan kilang telah diarahkan tutup sejak 14 Januari 2021.

“Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sejak 13 Mei 2020 telah melaksanakan sebanyak 597,252 pemeriksaan dan telah mengeluarkan sebanyak 414 kompaun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 1,428 pemeriksaan pematuhan harian telah dilaksanakan semalam dengan 22 kompaun dikeluarkan ke atas premis-premis perniagaan yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here