Twitter lancar perkhidmatan berbayar

0
30

NEW YORK – Aplikasi media sosial Twitter hari ini melancarkan perkhidmatan berbayar bagi pengguna di Australia dan Kanada.

Kata Reuters, perkhidmatan ini yang dikenali sebagai Twitter Blue, hadir dengan beberapa ciri menarik buat ‘power user’.

Antaranya, pengguna dibolehkan mengedit semula ciapan yang telah dimuat naik, dan juga menyimpan ciapan dalam ‘bookmark’.

Buat masa ini, perkhidmatan ini hanya boleh dilanggan oleh pengguna di Australia dan Kanada yang perlu membayar harga langganan bulanan.

Harga perkhidmatan ini di Australia adalah sebanyak AUD4.49 (RM14.28) manakala di Kanada pula C$3.49 (RM11.95).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here