Ujian klinikal buktikan rawatan antibodi Covid-19 selamat, berkesan

0
293

KOREA SELATAN – Firma perubatan Celltrion Inc. mengumumkan rawatan antibodi Covid-19 keluaran mereka adalah selamat dan mampu mengurangkan tempoh rawatan sehingga 5 hari.

Kata Celltrion dalam satu kenyataan, keputusan itu diperoleh hasil daripada ujian klinikal fasa 3 yang diadakan di beberapa buah negara.

Kajian klinikal tersebut yang dilakukan sejak Januari lalu, melibatkan 1,315 pesakit dari Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), Sepanyol dan Romania.

Kata kenyataan itu lagi, rawatan tersebut memperlahankan simptom teruk pada lebih daripada 70 peratus pesakit, termasuk mereka yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi dan mempunyai sejarah penyakit lain.

Pada Februari lalu, kerajaan Korea Selatan telah memberikan kebenaran supaya rawatan itu digunakan bagi kes kecemasan.

“(Namun) Berdasarkan data yang ada, kami akan memohon kebenaran penuh supaya rawatan ini dapat diberikan kepada semua,” kata kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here