US Navy berjaya uji dron sebagai pesawat pengisi minyak

0
224

NEW YORK – Angkatan Laut Amerika Syarikat (US Navy) baru-baru ini berjaya melakukan ujian penggunaan dron tanpa pemandu sebagai sebuah pesawat pengisi minyak.

Menurut The Daily Mail, ujian itu melibatkan sebuah dron MQ-25 Stingray yang bertindak sebagai pengisi minyak manakala sebuah pesawat FA-18 Super Hornet sebagai penerima.

Ujian itu dilakukan di ruang udara Illinois.

Data yang dikumpul daripada kajian itu akan dianalisa bagi menambah baik perisian dron tersebut.

Pihak US Navy dijangka akan mengoperasikan dron tersebut sebagai platform pengisi minyak di samping tugasan mengumpul maklumat perisikan, pemerhatian dan pengintipan (ISR).

Dron MQ-25A Stingray boleh dilancarkan daripada kapal pengangkut dan lapangan terbang, dan mampu membawa sehingga 15,000 lbs (6,804 kilogram) muatan bahan api, dan mampu terbang sejauh 930 kilometer dengan muatan penuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here