Usahawan perlu kawal aliran tunai ketika pelan pemulihan negara

0
33
Pengasas Kumpulan Brainy Bunch dan Raudhah City, Mohd. Fadzil Hashim berkongsi ilmu dan pengalaman pada Konvensyen Kewangan Keusahawanan Islam di Kampus Brainy Bunch, Cyberjaya.

CYBERJAYA – Para usahawan perlu membuat perancangan dan persediaan yang terbaik bagi mendepani cabaran ekoran pelan pemulihan negara yang diumumkan Perdana Menteri semalam.

Pejuang Ekonomi Islam, Mohd Fadzil Hashim berkata, perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah pengurusan kewangan syarikat sebagai persediaan apabila pasaran kembali dibuka semula.

Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, para usahawan juga perlu membuat rundingan dengan pekerja masing-masing untuk pembayaran gaji semampu yang boleh.

“Jika tiada persetujuan usahawan boleh membuat ‘retrenchment’ namun, perlu pastikan surat terlebih dahulu dihantar kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) kerana notis sahaja tidak cukup.

“Surat kepada JTK sangat perlu kerana kita perlu nikut undang-undang, syarikat-syarikat besar sudah lama buat perkara ini, kena ingat, undang-undang buruh notis sahaja tidak cukup.

“Para usahawan juga perlu membuat rundingan dengan pemilik premis untuk gunakan deposit sewa terlebih dahulu untuk urusan pembayaran sewa terkini, ia sangat membantu ketika ini.

“Saya juga ingin ingatkan agar jangan buat pinjaman untuk ‘cover’ hutang kerana selepas pasaran dibuka semula kita perlukan duit lagi untuk kelangsungan syarikat,” katanya dalam sesi ‘live’ di laman Facebooknya hari ini.

Selain itu katanya, sekiranya usahawan tiada duit, para usahawan perlu mencari pelabur dan buat sama seperti mula-mula ingin mulakan perniagaan dahulu bagi mengelak syarikat ditutup begitu sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here