Usahawan Rumah Malakat Grocer tawar pendapatan kepada semua

0
232
Mohd. Fadzil Hashim

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco menawarkan peluang menjana pendapatan kepada orang ramai khususnya yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui program Usahawan Rumah Malakat Grocer.

Pengasas Malakat Eco, Mohd. Fadzil Hashim berkata, program Usahawan Rumah Malakat Grocer membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi ‘orang tengah’ atau wakil jualan Malakat Grocer tanpa memerlukan komitmen sebagai peniaga.

Beliau berkata, dengan hanya menggunakan telefon bimbit, peserta boleh meraih komisen sebanyak 2 peratus bagi setiap perbelanjaan yang ‘dibawa masuk’ ke rangkaian pasar raya itu.

“Peserta hanya perlu menguruskan tempahan atau pembelian orang ramai menggunakan telefom bimbit sahaja.

“Sebagai permulaan kami sediakan platform seperti aplikasi dan WhatsApps untuk membolehkan peserta berkomunikasi dengan pihak pengurusan,” katanya dalam siaran langsung disiarkan di Facebook beliau hari ini.

Untuk rekod, rangkaian pasar raya Malakat Grocer kini mempunyai lapan cawangan Malakat Grocer di sekitar Lembah Klang termasuk di Malakat Mall, Masjid Tanah, Melaka.

Orang ramai yang hadir pada hari pembukaan Malakat Grocer Alam Damai di Cheras.

Mengulas lanjut, Mohd. Fadzil berkata, pembahagian komisen sebanyak dua peratus yang ditawarkan itu mungkin dikatakan sebagai imbuhan yang tidak berbaloi namun jika diperhalusi ianya sudah memadai kerana tidak memerlukan banyak komitmen daripada peserta.

“Pendapatan ini datang sepenuhnya daripada jumlah perbelanjaan orang ramai. Peserta tidak perlu jaga kedai atau berada di mana-mana, cukup dengan mengajak orang berbelanja di Malakat Grocer.

“Jumlah itu juga logik jika kita ambil kira keuntungan sebanyak 10 peratus yang dimiliki oleh peniaga, sedangkan mereka tertakluk kepada pelbagai jenis bayaran sewa dan upah pekerja,” katanya lagi.

Bagaimanapun katanya, peserta yang bercita-cita tinggi tetap mempunyai peluang menjana pendapatan pasif yang menguntungkan dengan menyasarkan jumlah pembelian pada skala lebih besar.

“Peserta boleh mulakan dengan jiran tetangga, ahli keluarga, rakan di kawasan taman perumahan, sekolah tahfiz dan sebagainya.

“Untuk permulaan boleh cuba dulu dengan 10 orang pelanggan dan tambah 10 lagi setiap minggu,” katanya.

Sokongan daripada umat Islam amat penting bagi menyatukan kuasa ekonomi untuk membina ekosistem yang lebih kukuh.

Mengulas mengenai yuran penyertaan sebanyak RM100 yang dikenakan kepada peserta, Mohd. Fadzil berkata, bayaran itu hanya sekadar bukti komitmen para peserta dalam program itu.

Selain itu kata Coach Fadzil, hasrat beliau melalui program itu tidak lain tidak bukan adalah untuk membantu orang ramai menambah pendapatan dalam situasi ekonomi yang tidak menentu sekarang.

“Kita mungkin sudah ada pendapatan tapi semasa PKP ini semua orang terjejas. Tidak salah jika kita tambahkan sumber pendapatan kita. Mungkin dalam banyak-banyak itu nanti ada yang lebih diberkati,” katanya.

Sementara itu beliau memberitahu, pihaknya menawarkan tempoh tiga bulan kepada peserta untuk menilai kemampuan mereka dan jaminan pulangan wang dikembalikan bagi mereka yang mahu berhenti.

Pasar raya Malakat Grocer yang menawarkan kira-kira 5,000 produk keluargan umat Islam yang tidak perlu diragui status halalnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here