USFDA luluskan ubat rawat Alzheimer

0
19
GAMBAR HIASAN

NEW YORK – Pihak Pentadbiran Makanan dan Ubatan (USFDA) meluluskan penggunaan ubat Aduhelm bagi merawat penyakit Alzheimer, semalam.

Kelulusan ini sudah dijangka, tetapi turut dibelenggu kontroversi kerana sebuah badan bebas yang dilantik November lalu sebagai pemerhati membuat rumusan bahawa kajian keberkesanan yang dilakukan masih kekurangan bukti.

AFP melaporkan, kelulusan diberikan ini merupakan kali pertama dalam masa dua dekad, dan kali pertama diberikan kepada ubat yang didakwa mampu merawat kemorosotan kognitif dalam kalangan penghidap Alzheimer.

Kali terakhir kelulusan diberikan terhadap sebarang ubat yang didakwa mampu merawat keadaan ini adalah pada 2003, dengan kesemua ubatan yang diluluskan adalah lebih kepada menangani simptom, bukan sebab.

“Aduhelm merupakan ubat pertama yang diluluskan bagi membasmi kehadiran plak beta amyloid dalam kalangan pesakit Alzheimer,” kata Pengarah Pusat Kajian dan penilaian Ubatan (CDER) USFDA, Patrizia Cavazzoni.

Salah satu teori mengenai punca Alzheimer adalah kerana kehadiran protein beta amyloid pada tisu otak akibat proses penuaan dan penurunan kadar imun.

Kajian menunjukkan Aduhelm, antibodi monoclonal yang turut dikenali dengan nama aducanumab, mamu mengurangkan kehadiran protein tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here