Ustaz Ebit Lew masih belum berjaya masuki Gaza

0
361
Gambar yang dikongsikan Ustaz Ebit Lew di laman Facebooknya baru-baru ini

CYBERJAYA – Rombongan bantuan kemanusiaan yang diketuai Pendakwah dan aktivis masyarakat, Ustaz Ebit Lew masih belum memasuki Gaza.

Berdasarkan laporan Berita Harian yang melaporkan maklumat sumber Kementerian Luar, Ustaz Ebit dan rombangan masih berada di Kaherah, Mesir.

Menurut laporan itu, pihak kedutaan dan Ustaz Ebit masih mengadakan perbincangan bersama pihak berkuasa bagi memudahkan urusan kemasukan ke Gaza.

“Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sentiasa berhubung rapat dengan Ustaz Ebit. Laporan yang mengatakan pihak kedutaan mengesan Ebit Lew adalah tidak tepat kerana kedua pihak sentiasa berhubung.

“Beliau masih berada di Kaherah. Pihak kedutaan dan Ustaz Ebit masih mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa yang berkaitan bagi memudahkan pasukannya memasuki Gaza,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Ustaz Ebit dan rombongan bantuan kemanusiaannya berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu dan pada hari sama, Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar menjelaskan misi bantuan yang dijadualkan bermula 25 Mei hingga 30 Mei itu mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here