Vaksin Covid-19: Kerajaan sudah beli, bayar namun masih lewat dapat

0
58
PePerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sesuatu kepada seorang penerima vaksin ketika meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Muafakat Bukit Gambir di sini hari ini.

TANGKAK – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan rasa kecewa dengan kelewatan penghantaran vaksin kepada Malaysia

sehingga menjejaskan perancangan kerajaan untuk mempertingkatkan kapasiti maksimum Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Berikutan itu, katanya, beliau telah mengarahkan Menteri PICK, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba supaya meminta pembekal menghantar bekalan vaksin dengan segera.

Katanya, kerajaan sudah membeli dan membayar bekalan vaksin Covid- 19 bagi menampung keperluan rakyat di negara ini, namun masih belum menerima bekalan itu.

“Beberapa PPV juga bersedia meningkatkan kapasiti pemberian vaksin namun tidak dapat berbuat demikian kerana jumlah vaksin yang tidak cukup.

“Kerajaan sudah beli dan bayar namun bekalan vaksin yang di tempah itu belum sampai apatah lagi seluruh dunia sekarang perlukan vaksin. Saya sudah arahkan menteri bertanggungjawab supaya minta pembekal dapat membekalkan vaksin dalam tempoh lebih cepat,” katanya memetik laporan Harian Metro hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Terdahulu beliau meluangkan masa selama kira-kira 30 minit meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Muafakat Bukit Gambir di sini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beliau juga sudah meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) di beberapa lokasi yang dibuka dan mendapati ia diuruskan dengan baik, namun menghadapi masalah bekalan vaksin yang tidak mencukupi dan perlu ditambah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here