Vaksin Covid-19: Persediaan yang anda perlu tahu?

0
166
Penting bagi setiap daripada kita untuk mengetahui langkah dan persediaan sebelum menerima suntikan bagi memanfaatkan sepenuhnya vaksin Covid-19.

PENGALAMAN menerima suntikan vaksin Covid-19 boleh dikatakan berbeza bagi setiap orang. Ada yang teruja, takut, tidak bersedia malah ada juga yang cemas.

Pengambilan vaksin yang menjadi pengalaman pertama bagi kita semua juga tentunya menimbulkan banyak persoalan, khususnya berkaitan persediaan sebelum suntikan.

Selepas mematuhi setiap langkah dan syarat yang ditetapkan semasa memohon, berikut dikongsi persediaan terbaik yang boleh dilakukan sebelum seseorang menerima suntikan vaksin Covid-19.

Tips dan panduan yang dikongsikan oleh Dr. Syid Ayob Mutafa Al-Qudry melalui sesi Live Facebook ‘Tanya Dr. Syid’ ini diharap dapat memberi input berguna demi kesan paling optimum selepas suntikan.

Dr. Syid Ayob Mutafa Al-Qudry

1- WAKTU TIDUR YANG CUKUP

Seorang individu yang perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya 7 jam sehari waktu tidur sebelum dan juga selepas suntikan.

Waktu tidur yang cukup membantu badan membaiki sel-sel yang telah rosak, menstabilkan kadar metabolisme dan hormon, sekaligus mengembalikan sistem imunisasi badan kita.

Menurut Dr. Syid, kajian pada tahun 2002 yang dilakukan berkaitan vaksin Influenza A mendapati mereka yang tidak mempunyai tidur yang cukup hanya mampu menghasilkan antibodi pada kadar 50 peratus.

Katanya, satu lagi kajian pada 2012 melibat 125 orang penerima vaksin Hepatitis B mendapati kadar penghasilan antibodi dalam kalangan mereka yang kurang tidur berkurangan secara ketara.

Tambahnya, International Journal of behavioral Medicine 2020 juga mendedahkan bahawa jumlah tidur yang mencukupi pada sebelum dan selepas vaksin, amat baik untuk penghasilan semula sistem antibodi penerima.

2- KAWAL TEKANAN ATAU STRES

Menurut Dr. Syid, hasil daripada kajian Perspektif Sains Psikologi yang diterbitkan pada tahun ini membuktikan
stress atau murung bukan sahaja memberi kesan kepada penurunan sistem imunisasi bahkan merendahkan tindak balas terhadap vaksin.

Keadaan itu katanya akan menyebabkan badan tidak menghasilkan kadar antibodi yang sepatutnya selepas seseorang itu menerima suntikan.

“Selain itu kadar stres juga mempengaruhi peningkatan kesan akibat suntikan seperti pening, demam dan sebagainya.

“Secara saintifiknya juga, kawalan stes ini boleh diganti dengan penghasilan hormon ceria atau Serotonin melalui amalan bersenam secara berterusan. Bagi orang Islam elok bersedia dengan cara berzikir dan amal ibadat,” katanya.

3- ELAK MENGAMBIL UBAT TAHAN SAKIT

Bakal penerima vaksin tidak digalakkan untuk memakan segala jenis ubat tahan sakit sebelum dan selepas suntikan kecuali selepas beberapa hari jika keadaan memerlukan.

Dr. Syid berkata, pengambilan ubat tahan sakit dari kategori nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAID) seperti Ponstan menghalang penghasilan enzim COX1 yang diperlukan dalam sistem imunisasi badan.

“Jangan ambil apa-apa ubat tahan sakit, sebelum dan juga selepas kerana ia akan mengganggu fungsi dan tindakbalas vaksin dalam tubuh.

“Kalau perlu sangat mungkin boleh ambik ubat seperti Panadol yang tidak memberi kesan sekuat ubat-ubat NSAID. Kalau boleh, panadol pun tak perlu ambil,” katanya.

4- ELAK MENGAMBIL UBAT BERSTEROID

Penerima vaksin juga tidak digalakkan mengambil ubat-ubat dari jenis Immunosuppressant Drugs yang biasanya digunakan untuk merawat penyakit gout, sendi, kanser dan asma yang mengandungi steroid.

Menurut Dr. Syid, kandungan steroid dikatakan mampu menurunkan sistem imunisasi badan manusia yang akan memberi tindak balas tidak seimbang kepada penerima vaksin.

“Sebab itu penting untuk kita jelaskan kepada doktor apakah jenis ubat yang diambil kepada doktor semasa hadir menerima suntikan.

“Kajian di Amerika Syarikat terhadap penerima vaksin Pfizer yang mengambil ubat-ubat dari jenis Immunosuppressant Drugs, mendapati badan mereka hanya mampu menghasilkan imunisasi sekitar 30 peratus berbanding 95 peratus pada kadar penuh vaksin,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here