Vaksin lewat tiba, operasi vaksinasi di Filipina terganggu

0
33

MANILA – Kelewatan penghantaran vaksin Covid-19 di Filipina menyebabkan beberapa pusat pemberian vaksin terpaksa ditutup.

Laporan The Guardian menyebut, hanya 4.5 juta dos, daripada 7 juta yang telah ditempah daripada pihak pengeluar, tiba di negara itu pada bulan lepas.

Jurucakap Istana Presiden, Harry Roque hari ini berkata, kerajaan tidak menjangkakan situasi ini akan terjadi, dan berharap ia tidak akan berpanjangan sambil berjanji “kita akan menerima bekalan secukupnya pada masa akan datang supaya semua orang boleh divaksin.”

Sementara itu, Datuk Bandar Quezon City, Joy Belmonte berkata, hanya 8 pusat pemberian vaksin di bandarnya boleh beroperasi pada ketika ini.

“Jika kita mendapat bekalan yang cukup, kita boleh membuka sehingga 15 pusat (pemberian vaksin),” kata Belmonte.

Setakat 7 Jun, hanya 2.3 peratus daripada penduduk Filipina yang berjumlah 70 juta telah menerima dos penuh vaksin Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here