Victoria: Tempoh lockdown ditambah seminggu lagi bagi kawal varian Delta

0
188

MELBOURNE – Wilayah Victoria hari ini memanjangkan lagi tempoh lockdown bagi mengawal perebakan Covid-19 varian Delta yang semakin menular.

Kata Reuters, tempoh lockdown yang sepatutnya berakhir esok, disambung seminggu lagi.

“Jika kita biarkan, penularan ini akan semakin merebak.

“Kita tidak mahu penularan ini berlaku hingga diluar kawalan kerana ia melibatkan nyawa manusia,” kata Pemangku Ketua Menteri Victoria, James Merlino.

Semalam, sebanyak 6 kes baharu dilaporkan, berbanding 9 pada hari sebelumnya.

Secara keseluruhannya, wilayah itu mencatatkan sebanyak 60 kes yang disahkan sepanjang tempoh lockdown ini dikenakan sejak minggu lalu.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, varian Delta ini mampu menjangkiti individu lain dalam masa satu atau dua hari sahaja, berbanding varian terdahulu yang mengambil masa selama 5 atau 6 hari.

Buat masa ini, 5 juta penduduk bandar raya Melbourne terjejas akibat lockdown itu, dan hanya dibenarkan keluar bagi membeli barangan keperluan dan berkaitan kesihatan, mendapatkan vaksin dan mereka yang bertugas dalam bidang perlu sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here