[VIDEO] Etnik Rohingya di Bhasan Char bantah keadaan kehidupan

0
1553

DHAKA – Ribuan etnik Rohingya di Pulau Bhasan Char mengadakan demonstrasi semalam, berikutan keadaan kehidupan mereka di pulau itu masih ‘tidak memuaskan’.

Untuk rekod, pulau buatan itu kini dihuni oleh kira-kira 18,000 etnik itu yang dipindahkan dari Cox Bazaar di Bangladesh, sejak Disember lalu.

Menurut portal al-Jazeera, demonstrasi itu disertai oleh kira-kira 4,000 Rohingya dan diadakan pada hari yang sama di mana pulau itu sedang dilawati oleh wakil dari Pesuruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR).

“Suasana bertukar menjadi tegang apabila wakil UNCHR tiba dengan helikopter hari ini,” kata ketua polis tempatan, Alamgir Hossain.

“Mereka memecahkan tingkap gudang dengan batu, dan turut menyerbu anggota.

“Mereka berkata, mereka tidak mahu tinggal di sini (Pulau Bhasan Char),” tambah Alamgir.

UNHCR dalam satu kenyataan kemudian berkata, “mereka memberi perhatian terhadap laporan bahawa terdapat laporan kecederaan dalam kalangan pelarian yang berdemonstrasi.”

“Kami, bagaimanapun, sempat bertemu wakil pelarian bagi mendengar segala permasalahan mereka.

“Isu yang dibangkitkan akan kami bawa kepada kerajaan Bangladesh,” kata kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here