[VIDEO] Presiden Perancis kena lempang

0
476

PARIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron ditampar oleh seorang lelaki ketika dalam rangka lawatan ke selatan Perancis, hari ini.

Menurut Reuters, kejadian itu berlaku ketika Macron singgah di sebuah bandar di wilayah Drome yang terletak di tenggara negara itu.

Video pendek kejadian memaparkan Macron yang baharu keluar dari kereta mendekati sekumpulan individu yang berkumpul di belakang penghalang.

Ketika dia cuba bersalaman dengan salah seorang lelaki, lelaki yang tidak dikenali itu terus menampar mukanya sambil melaungkan “A Bas La Macronie” (Jatuh Marconie).

Lelaki itu turut melaungkan “Montjoie Saint Dennis” iaitu satu laungan menaikkan semangat tentera Perancis sewaktu negara itu masih dalam pemerintahan beraja.

Menurut polis, dua individu ditahan dalam kejadian itu.

Motif kejadian masih dalam siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here