Wajib vaksinasi untuk masuk pusat beli-belah di Arab Saudi

0
67
Pemeriksaan ketat sebelum dibenarkan masuk ke pusat beli-belah di Arab Saudi

JEDDAH – Bemula 1 Ogos depan, pihak berkuasa Arab Saudi akan melarang kemasukan individu yang tidak menerima vaksin Covid-19 ke pusat beli-belah.

Jurucakap Kementerian Perdagangan, Abdulrahman Al-Hussein berkata, vaksinasi sekurang-kurangnya satu dos akan menjadi syarat berkunjung ke pusat beli-belah.

“Bilik persalinan akan dibuka semula dan skrin sentuh dibenarkan digunakan di kedai, pusat beli-belah dan pusat komersial dengan memastikan operasi nyah kuman dan penjarakan fizikal dilakukan,” katanya seperti dilaporkan Saudi Gazette.

Bagaimanapun tegasnya, empat amalan yang menyebabkan kesesakan di dalam dan di luar kawasan komersial masih dilarang, terutama mengundang selebriti dan pengiklan, mengadakan upacara untuk kedai dan pasar, pertandingan komersial yang memerlukan kehadiran pengunjung, dan membuat pelancaran produk atau perkhidmatan.

“Pihak berkuasa terus memantau pematuhan terhadap tindakan pencegahan dan melakukan 103,274 lawatan pemeriksaan, yang mana 3,436 pelanggaran dilaporkan,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan vaksinasi diwajibkan mulai 1 Ogos bagi mereka yang ingin menghadiri acara sukan dan hiburan, menyertai kegiatan budaya dan memasuki pelbagai tempat swasta dan awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here