Wanita didenda RM5,000 kerana kemuka surat Miti bukan milik syarikatnya

0
101
Intan Zarina Md. Sappery, 49 mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang atas kesalahan mengemukakan surat kebenaran dari MITI bukan kepunyaan milik syarikatnya untuk beroperasi ketika pasukan penguatkuasa membuat pemeriksaan. -Foto/Farid Janudin

KAJANG – Seorang wanita berumur 49 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mengemukakan surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) bukan milik syarikatnya.

Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 terhadap wanita berkenaan selepas beliau mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan, wanita berkenaan telah mengemukan surat Miti yang bukan milik syarikatnya ketika operasi yang dijalankan pihak berkuasa di Taman Industri Selesa Jaya, Balakong pada 9 Jun lalu.

Semasa pemeriksanaan di premis milik wanita berkenaan yang menjalankan perniagaan pembuatan produk kufi dan qhart, beliau telah mengemukakan surat Miti yang bukan milik syarikatnya untuk beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semakan polis juga mendapati, tertuduh tidak pernah memohon kebenaran untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP sekali gus melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here