Wanita tengking polis di SJR diberkas bersama suaminya

0
1487
Tangkap layar seorang wanita dan lelaki dipercayai suaminya yang menengking polis di sebuah SJR pada Rabu lalu

CYBERJAYA – Seorang wanita yang tular selepas menengking anggota polis ketika ditahan dalam satu sekatan jalan raya (SJR) diberkas polis kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, dalam kejadian di Jalan Persiaran Kewajipan pada Rabu lalu, polis turut menahan suaminya.

Abd Khalid berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati suspek menggunakan surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) disyaki palsu.

“Semasa pemeriksaan, suspek wanita berusia 42 tahun melakukan provokasi malah merampas dokumen lelaki warga Pakistan berusia 33 tahun yang berada di tangan anggota polis.

“Wanita itu turut mempersoalkan pemeriksaan yang kami buat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata, kedua-dua suspek direman tiga hari untuk membantu siasatan.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi satu minit 59 saat menunjukkan seorang wanita memarahi anggota polis selepas dipercayai tidak berpuas hati suaminya ditahan untuk pemeriksaan.

Wanita tersebut bersama seorang lelaki dilihat ditangkap oleh polis bertugas selepas secara berterusan mempersoalkan tugas polis yang sedang bertugas.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here