Warga pasar borong Selayang terima vaksin hari ini

0
49
Annuar Musa ketika melawat Program Pemberian Vaksinasi Bergerak di Pasar Borong Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,154 individu menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program [email protected] Wilayah Persekutuan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Pasar Borong Kuala Lumpur di sini pagi ini.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, pemberian vaksinasi bergerak itu diberikan kepada pelesen, pembantu dan pekerja di pasar berkenaan.

“Program vaksinasi bergerak ini bermula seawal jam 9 pagi tadi. Giliran pelesen dan pembantu dari Pasar Harian Selayang Kuala Lumpur membabitkan 623 orang dijadual dilaksanakan esok,” katanya.

Sementara itu Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam kunjungannya ke program itu berkata, keutamaan suntikan kepada warga pasar borong itu diharap dapat memberi perlindungan kesihatan kerana golongan itu terdedah kepada risiko jangkitan yang tinggi.

“Pasar borong ini telah melalui dua kali tempoh penularan atau kluster Covid-19 sejak daripada awal PKP 1 dan baru-baru ini membabitkan lebih 100 peniaga dan pekerja.

“Ini membuktikan warga pasar borong adalah golongan yang berisiko namun mereka perlu beroperasi walaupun PKP dilaksanakan,” katanya.

Annuar Musa ketika melawat Program Pemberian Vaksinasi Bergerak di Pasar Borong Kuala Lumpur hari ini.

Justeru katanya, pihak kementerian merasakan suntikan vaksin kepada golongan itu perlu didahulukan untuk mengekang penularan dalam komuniti.

Katanya, usaha itu juga diharap dapat memberi keyakinan kepada orang ramai untuk datang berbelanja di pasar.

‘Kebimbangan orang ramai yang menyuarakan pendapat mengenai perkara ini telah saya usahakan. Terima kasih kepada DBKL kerana menyediakan tempat bagi tujuan hari ini,” katanya.

Warga Pasar Borong Kuala Lumpur menerima suntikan vaksin Covid-19 hari ini.
PasarrBorong Kuala Lumpur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here