WHO desak keperluan perjanjian pandemik

0
33
Tedros Adhanom Ghebreyesus

GENEVA- Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO mengulangi desakan untuk mewujudkan Perjanjian Pandemik Antarabangsa bagi memperkukuhkan persediaan agensi dunia itu berdepan pandemik selepas ini.

Ketua Pengarahnya Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, usaha itu bagaimanapun memerlukan komitmen daripada negara anggota dan pihaknya mengalu-alukan tindakan anggota WHO berhubung resolusi baharu pertubuhan itu.

Katanya, resolusi terbaharu itu menggariskan beberapa langkah konkrit untuk menangani pandemik termasuk penubuhan kumpulan kerja yang dianggotai enam individu untuk meneliti reformasi yang dicadangkan.

Bagaimanapun beliau mengakui cadangan yang dikemukakan setakat ini memerlukan perbincangan lanjut dalam kalangan negara anggota.

“Kita memerlukan komitmen asas yang akan memperkukuh kitaran dana, kitaran pemilihan dan kitaran media yang akan mewujudkan rangka kerja.

“Rangka kerja itu perlu untuk menghubungkan mekanisme politik, kewangan dan teknikal untuk memperkukuhkan aspek keselamatan kesihatan global,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here