WHO gunakan abjad Greek sebagai ganti nama varian Covid-19

0
72

LONDON – Pihak Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) mengumumkan penggunaan abjad Greek sebagai ganti nama kepada varian Covid-19 yang menular ketika ini.

Kata WHO, penggunaan ganti nama ini adalah bagi memudahkan penyampaian dan perbincangan, di samping mengubah stigma yang wujud.

Sebagai contoh, kerajaan India baru-baru ini, mengkritik keputusan menamakan varian yang ditemukan di negara itu, B.1.617.2, sebagai ‘varian India’.

“Penggunaan ganti nama ini bukannya menggantikan nama rasmi varian itu, tetapi untuk memudahkan penyampaian maklumat kepada orang awam,” kata Pengarah Teknikal Covid-19 WHO, Maria Van Kerkhove dalam satu ciapan.

Contoh ganti nama varian Covid-19:
Alpha – B.1.1.7 (asal ditemukan di Kent, United Kingdom)
Beta – B1.351 (asal ditemukan di Afrika Selatan)
Gamma – P.1 (asal ditemukan di Brazil)
Delta – B.1.617.2 (asal ditemukan di India)
Senarai penuh ganti nama varian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here