Zulfah Alisha muncul juara Kempen Marathon Huffaz Akademi Al-Quran Amalillah

0
101

Zulfah Alisha berjaya menghafal 8 juzuk dan 13 muka surat dalam kempen berkenaan

CYBERJAYA- Zulfah Alisha Zulfadhli berjaya menduduki tempat pertama Kempen Marathon Huffaz Akademi Al-Quran Amalillah selepas berjaya menghafal lapan juzuk dan 13 muka surat.

Tempat kedua pula ialah Imran Syakirin Muhammad Shukri yang berjaya menghafal sebanyak tujuh juzuk dan 11 muka surat.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Nur Qiasara Damiya Mohd Nizam selepas berjaya menghafal sebanyak empat juzuk.

Keputusan Kempen Marathon Huffaz Akademi Al-Quran Amalillah diumumkan hari ini di laman Facebook Brainy Bunch International Islamic Montessori School.

Brainy Bunch International Islamic Montessori School dalam hantaran di Facebooknya memaklumkan, anak-anak didik Akmal Brainy Bunch berjaya menghafal lebih lapan juzuk dalam Kempen Marathon Huffaz Akademi Al-Quran Amalillah dalam masa 43 hari.

“Kempen Marathon Huffaz ini telah berlangsung selama lebih kurang selama 43 hari (13 April – 25 Mei) dan melibatkan kesemua cawangan Akmal.

“Tujuan utama kami anjurkan kempen ini adalah untuk memberi galakan kepada para pelajar dan memecahkan batasan masing-masing dalam menghafal hafalan baru (sabaq) sebanyak yang mungkin. Di samping mengambil keberkatan bulan Ramadan, tempoh kempen kali ini majoritinya berlangsung di bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan dan dipermudahkan urusan hamba-Nya untuk melakukan ibadah.

“Melalui kempen ini, setiap pelajar dapat meningkatkan focus mereka untuk teruskan menghafal Al-Quran. Mereka telah membuktikan kemampuan sebenar mereka untuk menghafal 3 juzu’ atau lebih dalam masa sebulan sahaja! Allahuakbar,” katanya.

Selain itu katanya, walaupun ini merupakan tahun pertama Brainy Bunch International Islamic Montessori School bersama dengan Akmal, para pelajar telah menjadi juara keseluruhan bagi semua peringkal Akmal.

“Bukan hanya juara, bahkan pelajar kami menjadi pemegang Rekod Hafalan Juzuk Terbanyak (8 juzu’ 13 mukasurat) di dalam sejarah kempen Marathon Huffaz sejak ia mula diperkenalkan.

“Tahniah diucapkan pada para pelajar, guru dan pengurusan yang terlibat dalam mendidik anak-anak kita untuk menjadi manusia hebat seperti yang kita dapat lihat hari ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here