1 juta vaksin Pfizer sumbangan Amerika tiba esok

0
44
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

CYBERJAYA – Malaysia akan menerima sebanyak satu juta dos vaksin Pfizer secara percuma sumbangan Amerika Syarikat yang dijadual tiba esok.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya berterima kasih kepada Amerika Syarikat dan rakan sejawatnya, Antony Blinken atas sumbangan vaksin itu serta pelbagai lagi bentuk bantuan kepada Malaysia sejak pandemik Covid-19 melanda tahun lalu.

“Saya dan Antony Blinken akan terus berkongsi komitmen demi memastikan hubungan erat Malaysia dan Amerika Syarikat terus diperkukuh demi manfaat bersama khususnya di era pasca pandemik,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Kelmarin, Malaysia menerima sumbangan sebanyak satu juta dos vaksin AstraZeneca dari kerajaan Jepun.

Sumbangan itu diperoleh hasil hubungan baik antara kedua-dua negara sejak dulu lagi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here