17,000 penghuni pangsapuri Mentari Court jalani saringan Covid-19

0
29
Petugas KKM melakukan ujian saringan terhadap penghuni pangsapuri Mentari Court hari ini

CYBERJAYA- Kira-kira 17,000 penghuni daripada 3,469 unit pangsapuri Mentari Court di Petaling Jaya menjalani saringan Covid-19 hari ini.

Kementerian Kesihatan memaklumkan, saringan di lokaliti yang dikenakan PKPD selama dua minggu itu sebagai langkah membendung penularan wabak.

“Petugas KKM melawat dari rumah ke rumah bagi memastikan semua penghuni menjalani ujian saringan sebagai langkah membendung penularan jangkitan.

“Rancangan untuk memberi vaksin kepada penduduk di situ yang dijadualkan semalam terpaksa ditangguhkan sehingga ujian saringan selesai sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Program berkenaan mendapat kerjasama polis, tentera, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Pejabat Tanah dan Daerah Petaling selain pelbagai pihak turut menyumbang barang keperluan harian kepada setiap rumah.

Mentari Court antara lokaliti di Selangor yang dikenakan PKPD sejak 1 Julai lalu. Perintah sama turut dikenakan ke atas Taman Perumahan SS 91A, Sungai Way dan Pangsapuri Westlite – PKNS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here