20 orang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Jepun

0
54
Tanah runtuh yang melanda kawasan Shizuoka menyebabkan lebih 300 penduduk hilang tempat tinggal

TOKYO – Sekurang-kurangnya 20 orang hilang dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di Atami, Shizuoka, Jepun kira-kira pukul 10.30 waktu tempatan.

Dalam kejadian itu juga sekurang-kurangnya dua orang dilaporkan maut selepas 10 rumah musnah teruk.

Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurangnya 300 orang hilang tempat kediaman akibat kejadian itu.

Susulan kejadian itu, amaran telah dikeluarkan kepada 21,000 isi rumah di Atami dan rumah tumpangan di kawasan itu supaya mengambil langkah berwaspada kerana dibimbangi berlakunya lagi bencana sama.

Sementara itu menurut Profesor di Universiti Shizuoka, Motoyuki Ushiyama, dianggarkan tanah runtuh itu bergerak dengan kelajuan 40 kilometer perjam.

Malah katanya, kawasan itu juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sebelum ini berikutan kerap berlaku kejadian hujan lebat sejak akhir-akhir ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here