204 petugas PPV IDCC Shah Alam positif Covid-19

0
48
Khairy Jamaluddin

CYBERJAYA – Sebanyak 204 petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam disahkan positif Covid-19.

Perkara berkenaan disahkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy berkata, keputusan berkenaan diperoleh selepas saringan beramai-ramai yang dilakukan pada 10 Julai lalu.

“Orang ramai yang hadir untuk vaksinasi di IDCC Shah Alam pada 9, 10, 11 dan 12 Julai diminta melaksana kawalan kendiri selama 10 hari,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Terdahulu hari ini, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) mengumumkan PPV IDCC Shah Alam ditutup hari ini susula terdapat kes positif Covid-19 yang dikesan dalam kalangan petugas PPV berkenaan.

Katanya, penutupan selama sehari itu diambil bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan, selepas memperoleh hasil keputusan ujian COVID-19 malam tadi.

Menurut Khairy, PPV IDCC ditutup hari ini dan dibuka semula esok selepas beberapa perkara dilakukan, termasuk kerja-kerja sanitasi oleh pihak bomba dan pemantauan kualiti pengudaraan bangunan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here