296 rakyat Malaysia dipilih untuk tunaikan ibadah haji

0
113
Pemandangan dari udara suasana Masjidilharam waktu malam.

CYBERJAYA – Kira-kira 296 rakyat Malaysia yang berada di Arab Saudi dipilih untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Perkara berkenaan disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri malam tadi.

Menurut Zulkifli, Tabung Haji (TH) akan memainkan peranan dalam memberikan kursus kepada semua jemaah terlibat.

“TH akan memberikan kursus secara dalam talian berkaitan ibadah haji kepada semua jemaah terbabit.

“Malam esok, insya-Allah saya akan mengadakan temu bual dengan bakal haji rakyat Malaysia yang sedang berada di kota suci Mekah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Salam Baitullah di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.

Menurut Zulkifli, jumlah jemaah pada tahun ini melebihi daripada jumlah tahun lepas.

“Pada tahun lepas hanya lapan orang rakyat Malaysia di negara itu yang dapat menunaikan haji berbanding pada tahun ini seramai 296,” ujarnya.

Sebelum ini media melaporkan, kerajaan Arab Saudi menegaskan ibadah haji hanya bagi warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang berada di negara tersebut berikutan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here