
KUALA LUMPUR – Sebanyak empat lagi kes positif Covid-19 dikesan di kawasan Parlimen telah dikesan semalam.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini.
Azhar Azizan berkata, atas sebab itu beliau cuba mengehadkan tempoh berbahas sehingga pukul 5.30 petang sahaja.
“Saya nak terangkan sikit pasal masa ni. Kita pun telah tidak menuruti nasihat dan rekomendasi Tan Sri KP Kesihatan yang susah payah datang ke Parlimen beri penekanan.
“Kalau nak ikut nasihat beliau, kita sidang sehingga pukul 2 petang sahaja. Sebab beliau amat gusar dan bimbang.
“Semalam dengan hari ni sahaja kita dah ada tiga atau empat kes. Semalam dengan hari ini. Jadi, risiko agak tinggi. Sebab itu saya tetapkan pukul 5.30 tu beri peluang kepada semua berbahas,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mahu mengetahui sekiranya Speaker boleh melanjutkan masa perbahasan bagi memberi peluang kepada Ahli-ahli Parlimen.