Dua kapal laut bertembung di perairan Johor

0
75
Keadaan dua kapal laut yang bertembung di perairan Muar, Johor malam tadi. Gambar- Maritim Malaysia.

JOHOR BAHRU – Sebuah kapal tangki dan sebuah kapal kargo bertembung di perairan Muar kira-klira pukul 12.03 tengah malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada Pusat Pengkordinat Bantuan Kecemasan Maritim (MRCC) di Putrajaya.

“Signal kecemasan diterima dari kapal kargo bertanda nama MV Zephyr Lumos manakala signal kecemasan kedua adalah dari sebuah kapal tangki bertanda nama MV Galapagos.

“Signal itu disampaikan melalui pihak Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Pekan Baru, Indonesia masing-masing di kedudukan 14.1 barat daya Kuala Sungai Muar,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Sejurus selepas menerima maklumat, pihak MRSC Johor Bahru telah menyalurkan maklumat kepada Zon Maritim Batu Pahat (ZMBP) dan Pos Pengkalan Hadapan (FOB) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Batu Pahat bagi memohon bantuan aset.

Katanya, dua aset penguatkuasaan digerakkan ke lokasi iaitu iaitu Kilat 47 daripada ZMBP dan PSC 37 Pasukan Polis Marin (PPM) telah diaturgerak ke lokasi kejadian bagi mendapatkan gambaran kejadian.

Hasil pemerhatian dan pemantauan di lokasi kejadian disyaki kapal MV Zephyr Lumos telah terlanggar kapal kapal MV Galapagos dan sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Mengulas lanjut, Nurul Hizam berkata pihak Jabatan Laut Wilayah Selatan (JLWS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor telah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here