42 doktor dan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim positif Covid-19

0
121
Sebanyak 42 doktor dan jururawat HSAH disahkan positif Covid-19

ALOR SETAR – Sebanyak 42 kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dilaporkan positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo berkata, kakitangan yang terdiri daripada doktor dan jururawat itu kini sedang menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

“Sebelum ini, seramai 30 kakitangan telah dijangkiti Covid-19 dan terbaru 12 lagi dijangkiti (sejak semalam dan hari ini) dan sedang menjalani kuarantin di rumah kerana berada pada kategori satu dan dua.

“Kita belum dapat sahkan sama ada mereka ini dijangkiti virus membabitkan varian Delta, varian Beta atau varian lama,” katanya.

Pada Rabu lalu, kerajaan negeri Kedah dalam satu kenyataan menafikan hospital itu ditutup dan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan penularan wabak dalam kalangan kakitangannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here