50 pesakit kategori 4 dan 5 Covid-19 mula ditempatkan di Hospital Angkatan Tentera

0
70
Keadaan wad rawatan Covid-19 yang terletak di parkir tingkat bawah, Zon Pengurusan Bencana (DMZ) di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan. Gambar Facebook

KUALA LUMPUR – Sebanyak 50 pesakit kategori 4 dan 5 telah ditempatkan di wad rawatan Covid-19 yang terletak di parkir tingkat bawah, Zon Pengurusan Bencana (DMZ) di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, di sini,

Ketua Unit Kawalan Jangkitan HAT Tuanku Mizan, Brigedier Jenaral Dr Sharifah Azlin Juliana Syed Zainal berkata, selain itu wad tersebut juga akan turut menempatkan pesakit kategori 3.

Beliau berkata, pihaknya menjangka kemasukan 100 lagi pesakit Covid-19 kategori 3 di wad itu dibuat secara berperingkat bermula esok.

“Pesakit Covid-19 dimasukkan ke sini atas keputusan Kementerian Kesihatan (KKM). Setakat ini, kebanyakan pesakit dipindahkan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

“Kita kekurangan kakitangan perubatan dan setakat ini kita hanya ada 50 orang bertugas di wad pesakit Covid-19 yang beroperasi sejak Sabtu lalu,” katanya.

Pengerusi SARJANA, Datuk Khaidiriah Abu Zahar (tiga dari kanan) bersama Ketua Unit Kawalan Jangkitan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Dr. Sharifah Azlin Juliana (dua dari kiri)ketika menyerahkan sumbangan 20 buah kipas industri kepada wad Covid-19 Hospital Angkatan Tentera Tuanki Mizan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima sumbangan 20 kipas industri dari Pertubuhan Sukarelawan Jalinan Nasional (SARJANA) di sini, hari ini

Mengulas lanjut, katanya, hospital tersebut turut mendapat tambahan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) untuk menempatkan pesakit Covid-19.

Pengerusi SARJANA, Datuk Khaidiriah Abu Zahar ketika menyerahkan sumbangan 20 buah kipas industri kepada wad Covid-19 Hospital Angkatan Tentera Tuanki Mizan hari ini.

“Di ICU kita ada kapasiti empat katil, namun di situ ditempatkan enam pesakit Covid-19. Kita jangka terima lagi 17 katil di ICU,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi SARJANA, Datuk Khaidiriah Abu Zahar berkata, sumbangan kipas itu bertujuan meringankan beban hospital dan memberi keselesaaan kepada pesakit.

“Sumbangan itu juga sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada petugas barisan hadapan yang berkhidmat tanpa mengenal penat lelah sepanjang tugasan dan pengoperasian dalam berhadapan penularan pandemik Covid-19.

Pengerusi SARJANA, Datuk Khaidiriah Abu Zahar (kiri) Uu bersama Ketua Unit Kawalan Jangkitan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Dr. Sharifah Azlin Juliana ketika menyerahkan sumbangan 20 buah kipas industri kepada wad Covid-19 Hospital Angkatan Tentera Tuanki Mizan hari ini.

“Diharapkan sumbangan ini dapat menyuntik semangat petugas barisan hadapan untuk terus kekal tabah menjalankan tugas demi bakti kepada bangsa dan negara,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here