512,097 dos suntikan vaksin semalam-KKM

0
21

Antara penerima vaksin COVID-19 menerima suntikan vaksin sempena Program Vaksinasi Bergerak Wilayah Prihatin di PPR Perkasa, Jalan Cochrane. Foto / FaridJanudin

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan memaklumkan pemberian vaksin di seluruh negara semalam mencecah 512,097 dos.

Pemberian dos vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu menepati sasaran yang ditetapkan.

Kementerian Kesihatan melalui hantaran di Facebook berkata, perkara itu sekali gus menandakan lima hari berturut-turut tahap pemberian dos vaksin di negara ini mencapai angka 500,000 sehari sejak 26 Julai.

“Ini satu pencapaian yang amat baik ke arah pencapaian imuniti kelompok dalam populasi rakyat Malaysia.

“Lima hari berturut sejak 26 Julai 2021, Malaysia telah mencatatkan rekod pemberian vaksin melepasi angka setengah juta dos sehari dan jumlah pemberian vaksin Covid-19 tertinggi setakat ini adalah pada hari Khamis lepas iaitu dengan 556,404 dos sehari,” jelasnya.

Katanya, jumlah pemberian vaksin Covid-19 sehingga 30 Julai 2021 ialah 20,014,549 dos.

Daripada jumlah itu, seramai 13,500,479 orang telah menerima dos pertama manakala 6,514,070 orang lagi telah menerima dos kedua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here