56 kes Covid-19 dikesan di Parlimen

0
104
Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Sebanyak 56 kes positif Covid-19 dikesan di Parlimen setakat semalam, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Noor Hisham berkata, kes tersebut melibatkan dua orang anggota Parlimen, enam pegawai pengiring dan 48 pegawai dari pelbagai agensi kerajaan.

Dari 56 kes itu katanya, 39 kes atau bersamaan 69 peratus terdiri daripada mereka yang belum diberi vaksin sepenuhnya atau tidak mendapat vaksinasi.

“Kes-kes ini menjadikan kadar positif kepada 2.7 peratus.

“Bagaimanapun menurut siasatan dan penilaian risiko, kes-kes positif di Parlimen tidak membabitkan jangkitan yang berpunca daripada penularan antara satu sama lain,” katanya hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, siasatan juga dilakukan untuk mengesan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan individu kes-kes yang dikenal pasti, dengan empat orang kenalan rapat yang telah dikesan setakat ini.

Beliau berkata, individu yang disahkan positif dan mempunyai hubungan rapat tidak dibenarkan menyertai sesi persidangan dan telah diasingkan di bawah perintah pengawasan rumah (HSO) sejak hari pertama persidangan.

Dengan mengambil kira keadaan Covid-19 sekarang, Kementerian Kesihatan juga mencadangkan agar bilangan individu di Parlimen dikurangkan dan jangka masa persidangan dipendekkan.

“Saranan ini adalah untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19,” katanya.

Beliau menambah, bahawa perkara itu telah dalam mesyuarat koordinasi pada 26 Julai untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan persidangan khas itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here