57 pelarian Afrika tenggelam di perairan Libya

0
36
Sebahagian daripada 75 pendatang asing warga Afrika yang cuba menyeberangi Laut Mediternean berjaya diselamatkan dalam insiden bot karam di peraiaran Libya, semalam.

KAHERAH – Sekurang-kurangnya 57 orang pendatang asing dari Afrika yang dalam perjalanan mencari kehidupan baharu di Eropah terkorban apabila bot yang dinaiki mereka karam di perairan Libya semalam.

Menurut Jurucakap Bahagian Migrasi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bot dipercayai membawa sekurang-kurangnya 75 pendatang termasuk 20 wanita dan 2 kanak-kanak.

Dalam kejadian di Laut Mediterranean itu, sebanyak 18 daripada mangsa berjaya diselamatkan oleh nelayan dan penguatkuasa maritim Libya.

Menurut kenyataan mangsa yang terdiri daripada rakyat Ghana, Nigeria dan Gambia, bot mengalami kegagalan enjin sebelum karam dipukul ombak besar.

Kejadian itu merupakan insiden kali kedua di perairan Libya dalam tempoh kurang seminggu melibatkan pendatang asing yang dalam perjalanan ke negara-negara di Eropah.

Pada Rabu lalu, 20 orang dilaporkan maut apabila bot yang dinaiki kumpulan pendatang karam ketika melalui kawasan laut berbahaya itu.

Laporan Amnesty Antarabangsa memaklumkan, sekurang-kurangnya 7,000 pendatang asing berjaya dihalang dan diarahkan pulang ke kem pelarian di Libya.

Peningkatan jumlah kemasukan pelarian itu juga menyaksikan jumlah kematian di laut meningkat dua kali ganda berbanding enam bulan pertama tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here