68 premis termasuk kilang diarah tutup

0
47
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Sebanyak 68 premis termasuk kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarah tutup semalam.

Arahan itu dikeluarkan selepas premis-premis terbabit gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 80,827 pemeriksaan telah di seluruh negara.

“Pemeriksaan itu bagi mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh. Ini termasuk pemeriksaan ke atas 2,257 kilang, 15,256 premis perniagaan, 1,148 tapak pembinaan dan 286 asrama penempatan pekerja.

“Semalam 68 premis meliputi kilang (23), premis perniagaan (43) dan tapak pembinaan (2) diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, seramai 471 individu turut ditahan atas kesalahan ingkar SOP semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 446 individu dikompaun manakala 16 lagi direman dan sembilan dijamin,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here